vrijdag 2 mei 2008

Saya menggunakan nama `SECONDGENERATION` ni adalah untuk mengenangkan nama kugiran musik saya yang pertama dahulu. Kami semuanya berasal dari Pulau Pinang sebab tu la guna nama omputih..kalau kat Pulau Pinang pasar depa panggil market..so..kami pun pakai nama omputih juga la..sebab terikut-ikut cara lama walaupun zaman penjajahan dah lama tamat.
Kugiran musik kami asalnya terdiri dari 5 ahli, di mana sudah tentunya saya masih lagi mengingati mereka..saya selaku pemain drum, Nazri, abang saya selaku pemain gitar bass, Raja Iskandar selaku pemain keybord, Mazlan selaku pemain gitar utama dan Fuad selaku penyanyi. Kami meminati arena musik sejak dari bangku sekolah lagi. Saya masih ingat lagi, bila ada kenduri kahwin saja selalunya mesti ada kugiran musik. Kami akan pi tengok walaupun kadang-kadang tempat itu jauh. Bila on the way balik..mula la beri komen macamana depa main musik bagus ka tak bagus ka..dan macam-macam lagi.
Masa saya di tingkatan 5 kami ada menyertai pertandingan musik di Dewan Masyarakat kat padang kota lama, dimana pada malam pertandingan itu kami semua ketaq kata orang penang, orang KL kata menggelabah terutamanya bila di atas pentas. Saya tengok muka ahli-ahli kumpulan saya semuanya senyum-senyum macam nak menangis..bila tanya hang ketaq ka, depa kata tak, tapi tengok muka macam nak menangis tapi cuba senyum, sebab tu la saya gunakan ungkapan senyum-senyum macam nak menangis. Saya pun bertambah ketaq la. Tapi kira ok la sebab saya main drum, duduk pun kat belakang skali..ada cymble pulak tu boleh dok buat pelindung muka. Pada malam tu kami puas hati dgn persembahan kami walaupun saya pukui cymble sampai ianya jatuh ke lantai..masa tu tak tau nak ejust cymble lagi. Malam tu kami main lagu `Bunga Hitam`kalau saya tak silap tajuk lagunya, yang di popularkan oleh kumpulan terkenal dari Pulau Pinang,` ALLEYCATS`.
Bila kami dah pandai main lagu lebih kurang 10 buah lagu.. kami pun memberanikan diri main kat rumah kenduri pulak. masa tu perasaan ketaq dah mula hilang kerana slalu sangat main musik. Ada satu ketika masa main kat rumah kenduri, kami cuba lebih sikit..maksudnya kami panggil penonton menyanyi lagu..yeebah..dari situ kami dapat asah mana-mana bakat yg terpendam di kalangan penduduk kampung kami. Ada sorang tu, dia minat nyanyi..slalu nyanyi dan bersiul kat kampung. Nama dia Kasim. Pada satu kenduri kahwin di mana kami main musik..selepas mendendangkan lebih kurang 7-8 lagu..kami pun pangillah kepada sesiapa yg berminat untuk nyanyi.. bila kami panggil..semua orang kampung teriak Kasim..Kasim.. .Kasim ni pemalu sikit kat atas pentas, bila tanya nak nyanyi lagu apa.. dia cuma jawab `Katakan`. jadi kami masuk intro lagu `katakan` versi bluesrock.... siapa dia itu berbaju kebaya....katakan pada ku gadis manakah ia...la..la....la..dan seterusnya... begitu intro nya... Tapi Kasim TAK MASUK MASUK NYANYI INTRO.. pasai apa pulak saya pikir.. Bila dia paksa jugak nyanyi bila kami dah counting kat dia byk kali..sebab ingatkan dia tak tau bila nak masuk nyanyi..habis lagu tu sumbang sama skali..tak pa la sebab dia pertama kali nyanyi kat depan orang ramai dgn kugiran.Selesai dia nyanyi dgn tak tau hujung pangkalnya..kami pun beri kata ucap terima kasih kpdnya.. Dia senyum merah padam dan muka dendam kat kami..bila selesai main kami pun pi kat dia nak tanya kenapa dia marah sangat. Dia kata.. aku nak nyanyi lagu Katakan nyanyian Jamal Abdilah..intronya.. kau katakan kau menyanyangi diriku.. la...la..la..., sebenarnya tajuk lagu tu `Hidup Bersama` nyanyian Jamal Abdilah, dan kami pun tak pernah main lagu tu..kenapa hangpa main lagu bluesrock. Selepas peristiwa itu kami lebih berhati-hati terutamanya mengenai tajuk lagu. Chak pong ci gulu gulu, ci kueh lubang dik pulut inti. sengkai lam lam bere bede.....

2 opmerkingen:

Redhead zei

once u atart blogging.... dont stop! hehe.... write in english next time?

Anoniem zei

what r u doing in Brasil. I dun really know who is in Kuala Muda actually coz I'm younger generation. But people there oready move to the new tsunami house. but my grandmother house tak kena pulak dunno why. maybe the land belongs to one indian guy. they have another project as well pembesaran sungai muda untuk tebatan banjir until my grandma house. so basically people there got 2 compensation from 2 projects la for those yang tak demolish rumah lagi instead of nak jual kayu for Rm1k they lost Rm60k.
My grandma is 90 years old still healthy.maybe she eat fresh fish everyday without preservative like us. she is well known as tok embun. married with jamaluddin and i heard he is grandson of Syeikh Abdullah via son Abdul Rahman and married with Jamaliah mix with pakistani and malay.anything e-mail me at siti-farah@ga.toyo-eng.co.jp